Jumaat, 2 Julai 2010

CARA-CARA MELAKUKAN BEKAM


Apa itu bekam? “ Bekam ialah mengeluarkan darah dari kulit  dengan cara menghisap,kemudian melakukan sayatan nipis pada permukaan kulit,kemudian  disedut lagi agar darah boleh keluar dan menimbulkan kesembuhan dengan izin Allah s.w.t.”
Oleh itu proses pengubatan bekam melalui tiga peringkat:
1.   Penyedutan
2.   Penyayatan
3.   Pengeluaran darah
Yang peting disini adalah bahawa pengeluaran darah dilakukan dengan “sayatan”  menggunakan pisau atau benda tajam yang lain,bukan dengan tusukan jarum. Namun dalam proses sayatan harus berhati-hati,jangan disayat terlalu dalamsehingga  melebihi “0.1 mm”. Luka kerana sayat menyebabkan tepi lukanya tajam dan rata dan lukanya lebih lebar sehingga lebih mudah sembuh.
Selain itu luka akibat sayat hanya mengenai  pembuluh darah kecil,sedangkan luka akibat tusukan  mempunyai ukuran lubang yang lebih kecil daripada kedalamanya ia boleh mengakibatkan luka pada organ-organ yang lebih dalam dan pada pembuluh darah.
Konsep bekam adalah pengubatan dengan cara menghisap permukaan kulit sehingga darah dan setiap sesuatu yang berada di bawah kulit seperti toksik dan racun akan ikut tersedut dan membanjiri kawasan yang disedut tersebut.
PERALATAN
1.   Sarung tangan untuk sekali pakai
2.   Mata pisau cukur/pisau bedah (yang lebih baik adalah mata pisau cukur kerana luka akibatnya tidak terlalu luas)/pen bekam
3.   Cawan bekam
4.   Tisu
5.   Minyak habbatus sauda’/minyak zaitun/madu asli
6.   Alcohol swab
7.   Anti septic
KAEDAH BEKAM
1.   Cawan bekam diletakkan pada permukaan yang hendak disedut, kemudian disedut dgn alat penyedut 3-5 kali sedutan.
2.   Cawan bekam dibiarkan dalam keadaan seperti itu selama 3-5 minit,selepas itu baru dicabut.
3.   Langkah ini bertujuan untuk memindahkan bebagai unsur-unsur kotor dari bahagian-bahagian yang penting didalam tubuh,seperti racun pada persendian disedut kebahagian permukaan kulit.Dengan demikian hilanglah sebahagian besar rasa sakit dengan izin Allah.
4.   Seterusnya dilakukan sayatan nipis pada pada permukaan tersebut  dengan kedalaman lebih kurang 0.1 mm. Jarak diantara  Sayatan-sayatan sekitar 3mm.Arah sayatan pula haruslah sejajar dengan panjang tubuh dari arah kepala ke kaki. Sayatan dilakukan sekitar 15 sayatan atau kurang.
5.   Kemudian disedut kembali tempat yang telah disayat dengan sedutan sebanyak 3-5-7 bergantung pada keadaan. Dan cawan bekam dibiarkan dalam keadaan begitu selama 3-5 minit. Sehingga darah yang telah disedut yang membawa unsur-unsur kotor  menjadi kental
6.   Setelah berlalu 3-5 minit dan darah telah menjadi kental, maka cawan dicabut dengan behati-hati supaya darah tidak mengalir pada tubuh pesakit. Caranya diletakkan tisu dibawah cawan bekam, kemudian tarik penyumbat cawan bekam supaya udara boleh masuk kedalam cawan seterusnya cawan bekam dibuka dan dicondongkan sedikit kebawah seraya mengusap tisu keatas bekas darah td.
7.   Ulangi  langkah 5&6 sebanyak 3-5 kali sehingga tiada lagi darah keluar dari kawasan tersebut, atau sehingga keluar cecair berwarna putih atau kekuningan.
8.   Bahagian yang disayat mestilah dibersihkan dengan sebarang pencuci yang sesuai seperti “minyak habbatus sauda’,madu asli atau minyak zaitun” dan lain-lain.
9.   Setelah proses pembekamam selesai,sarung tangan serta mata pisau atau mata jarum yang digunakan haruslah dibuang,jangan digunakan untuk pesakit lain, ini bagi mengelak sebarang jangkitan penyakit. Dan cawan bekam harus dibersihkan dengan air kemudian di rendamkan dalam cecair anti septic seperti detol atau klorin dan sebagainya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan