Al-Hijaamah,Bekam,Cuppinng
Bekam merupakan pengubatan Sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w
Ahad, 18 Julai 2010
Jumaat, 2 Julai 2010
CARA-CARA MELAKUKAN BEKAM
Apa itu bekam? “ Bekam ialah mengeluarkan darah dari kulit dengan cara menghisap,kemudian melakukan sayatan nipis pada permukaan kulit,kemudian disedut lagi agar darah boleh keluar dan menimbulkan kesembuhan dengan izin Allah s.w.t.”
Oleh itu proses pengubatan bekam melalui tiga peringkat:
1. Penyedutan
2. Penyayatan
3. Pengeluaran darah
Yang peting disini adalah bahawa pengeluaran darah dilakukan dengan “sayatan” menggunakan pisau atau benda tajam yang lain,bukan dengan tusukan jarum. Namun dalam proses sayatan harus berhati-hati,jangan disayat terlalu dalamsehingga melebihi “0.1 mm”. Luka kerana sayat menyebabkan tepi lukanya tajam dan rata dan lukanya lebih lebar sehingga lebih mudah sembuh.
Selain itu luka akibat sayat hanya mengenai pembuluh darah kecil,sedangkan luka akibat tusukan mempunyai ukuran lubang yang lebih kecil daripada kedalamanya ia boleh mengakibatkan luka pada organ-organ yang lebih dalam dan pada pembuluh darah.
Konsep bekam adalah pengubatan dengan cara menghisap permukaan kulit sehingga darah dan setiap sesuatu yang berada di bawah kulit seperti toksik dan racun akan ikut tersedut dan membanjiri kawasan yang disedut tersebut.
PERALATAN
1. Sarung tangan untuk sekali pakai
2. Mata pisau cukur/pisau bedah (yang lebih baik adalah mata pisau cukur kerana luka akibatnya tidak terlalu luas)/pen bekam
3. Cawan bekam
4. Tisu
5. Minyak habbatus sauda’/minyak zaitun/madu asli
6. Alcohol swab
7. Anti septic
KAEDAH BEKAM
1. Cawan bekam diletakkan pada permukaan yang hendak disedut, kemudian disedut dgn alat penyedut 3-5 kali sedutan.
2. Cawan bekam dibiarkan dalam keadaan seperti itu selama 3-5 minit,selepas itu baru dicabut.
3. Langkah ini bertujuan untuk memindahkan bebagai unsur-unsur kotor dari bahagian-bahagian yang penting didalam tubuh,seperti racun pada persendian disedut kebahagian permukaan kulit.Dengan demikian hilanglah sebahagian besar rasa sakit dengan izin Allah.
4. Seterusnya dilakukan sayatan nipis pada pada permukaan tersebut dengan kedalaman lebih kurang 0.1 mm. Jarak diantara Sayatan-sayatan sekitar 3mm.Arah sayatan pula haruslah sejajar dengan panjang tubuh dari arah kepala ke kaki. Sayatan dilakukan sekitar 15 sayatan atau kurang.
5. Kemudian disedut kembali tempat yang telah disayat dengan sedutan sebanyak 3-5-7 bergantung pada keadaan. Dan cawan bekam dibiarkan dalam keadaan begitu selama 3-5 minit. Sehingga darah yang telah disedut yang membawa unsur-unsur kotor menjadi kental
6. Setelah berlalu 3-5 minit dan darah telah menjadi kental, maka cawan dicabut dengan behati-hati supaya darah tidak mengalir pada tubuh pesakit. Caranya diletakkan tisu dibawah cawan bekam, kemudian tarik penyumbat cawan bekam supaya udara boleh masuk kedalam cawan seterusnya cawan bekam dibuka dan dicondongkan sedikit kebawah seraya mengusap tisu keatas bekas darah td.
7. Ulangi langkah 5&6 sebanyak 3-5 kali sehingga tiada lagi darah keluar dari kawasan tersebut, atau sehingga keluar cecair berwarna putih atau kekuningan.
8. Bahagian yang disayat mestilah dibersihkan dengan sebarang pencuci yang sesuai seperti “minyak habbatus sauda’,madu asli atau minyak zaitun” dan lain-lain.
9. Setelah proses pembekamam selesai,sarung tangan serta mata pisau atau mata jarum yang digunakan haruslah dibuang,jangan digunakan untuk pesakit lain, ini bagi mengelak sebarang jangkitan penyakit. Dan cawan bekam harus dibersihkan dengan air kemudian di rendamkan dalam cecair anti septic seperti detol atau klorin dan sebagainya.
Khamis, 1 Julai 2010
JANJI RASULULLAH S.A.W BAHAWASANYA BEKAM DI SATU TITIK SEKITAR KEPALA SAHAJA DAPAT MENYEMBUH 72 JENIS PENYAKIt
sabda Rasulullah s.a.w:
عليکم بالحجامة في جوزة القمحدوة فانه دواء من اثنتين وسبعين داء
"hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dgn bekam di Qomahduah (satu titik dibahagian belakang kepala) kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat bagi 72 jenis penyakit.-HR THOBRONI
PENDUDUK LANGIT MENGANJURKAN SUPAYA PENDUDUK BUMI BERBEKAM
sabda Rasulullah s.a.w:
ما مررت ليلة اسري بي بملاء الا قالوا يا محمد مر امتک بالحجامة
"aku tidak berjalan dihadapan sekumpulan malaikat pada malam ketika aku diisra'kan kecuali mereka(para malaikat) berkata: wahai muhammad! perintahlah umatmu berbekam"-HR TARMIZI&BAIHAQI
Daripada hadis2 tersebut dapat difahami bahawasanya bekam ini merupakan satu kaedah pengubatan yg sangat ampuh bagi umat manusia sejagat.

Rabu, 26 Mei 2010
MANFAAT & KELEBIHAN BEKAM
Berbekam ni banyak manfaatnya diantaranya:
- Dapat mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w dalam pengubatan
- Meningkatkan daya tahan tubuh badan
- Mencuci darah
- Dapat mengatasi kemalasan,kelesuan dan banyak tidur
- Sangat berkesan mengatasi racun
- Bermanfaat mengatasi luka-luka berdarah
- Dapat mengatasi sakit kepala,migrin dan sakit gigi
- Mengatasi gangguan tekanan darah
- Merawat berbagai jenis penyakit yg tidak boleh diubati dengan kaedah rawatan moden
BEKAM DAPAT MERAWAT PENYAKIT YANG BERPUNCA DARI RACUN DAN SIHIR
Dari ka'ab bin malik r.a beliau meriwayatkan bahawasanya seorang perempuan yahudi menghadiahkan seekor kambing bakar kepada Nabi s.a.w di khaibar,Beliau bertanya "Apakah ini?" wanita itu menjawab "Hadiah." wanita itu cukup berhati-hati supaya tidak sampai mengatakanya sedekah,sehingga beliau tidak mau memakanya sama sekali. kemudian Nabi s.a.w dan sahabat-sahabatnya pun makan, tiba-tiba Beliau bersabda "Hentikan," kemudian Beliau bertanya kpd wanita itu, "Apakah engkau telah meracuni kambing ini?" wanita itu menjawab,"ya," Beliau s.a.w bertanya "kenapa?", wanita itu menjawab " aku ingin sekiranya engkau seorang pendusta,orang2 akan segara boleh beristirehat dari kedustaanmu,tetapi seandainya engkau seorang Nabi maka itu tidak akan merbahaya bagimu," Maka Nabi s.a.w berbekam tiga bekaman ditengkuk serta memerintahkan para sahabatnya supaya berbekam. Maka mereka pun berbekam,tetapi sebahagian dari mereka meninggal. (HR BUKHORI)
Isnin, 24 Mei 2010
Bekam (cupping) adalah sunnah Nabi s.a.w dan merupakan mukjizat perubatan
PENGENALAN
Sabda Rasulullah s.a.w :
"Berubatlah wahai hamba-hamba Allah,sesungguhnya Allah s.w.t tidak menciptakan sesuatu penyakit, kecuali dia menciptakan ubat baginya ... diketahui bagi yang mngetahui dan tidak diketahui bagi yang tidak mngetahui.
dari Jabir r.a beliau berkata Rasulullah s.a.w bersabda:
"setiap penyakit ada ubatnya, apabila ubat tepat mengenai penyakit, maka akan wujudlah kesembuhan dengan izin Allah ta'ala"
(HR MUSLIM)
Dapat difahami daripada hadis tersebut,bahawasanya berubat adalah merupakan perintah syariaat dan juga merupakan sunnah Rasulullah s.a.w.
Dan kunci penyembuhan itu terletak pada 3 perkara:
penggunaan bekam pertama kali oleh manusia ialah pada zaman Nabi Allah Luth a.s, kaum Nabi Luth a.s apabila ada orang asing lalu dikawasan mereka,mereka akan melempari kepala orang itu dgn batu sehingga mengalirkan darah,lantas mereka mendatangi orang tersebut dan meminta bayaran daripadanya sebagai upah atas darah kotor yg telah mereka keluarkan.
kisah ini mengisyaratkan sudah lama penggunaan bekam sebagai cara pengubatan,sejak zaman itu hingga zaman Rasulullah s.a.w seterusnya hingga kehari ini.
BEKAM MERUPAKAN PENGUBATAN YG DIPAKAI OLEH RASULULLAH S.A.W
sabda Rasulullah s.a.w :
Sabda Rasulullah s.a.w :
تداووا فان الله لم يضع داءالا وضع له شفاء علمه من علمه وجهله من جهله
(Disohihkan oleh Ibn Hibban dan Hakim)"Berubatlah wahai hamba-hamba Allah,sesungguhnya Allah s.w.t tidak menciptakan sesuatu penyakit, kecuali dia menciptakan ubat baginya ... diketahui bagi yang mngetahui dan tidak diketahui bagi yang tidak mngetahui.
dari Jabir r.a beliau berkata Rasulullah s.a.w bersabda:
لکل داء دواءفاذا اصيب دواء الداء برا باذن الله تعالى
"setiap penyakit ada ubatnya, apabila ubat tepat mengenai penyakit, maka akan wujudlah kesembuhan dengan izin Allah ta'ala"
(HR MUSLIM)
Dapat difahami daripada hadis tersebut,bahawasanya berubat adalah merupakan perintah syariaat dan juga merupakan sunnah Rasulullah s.a.w.
Dan kunci penyembuhan itu terletak pada 3 perkara:
- memelihara kesihatan dan melazimkan makan makanan yg boleh meningkatkan kualiti kesihatan spt: suplement dan sebagainya.
- mencegah segala perkara yg boleh memudharatkan kesihatan spt arak,dadah,rokok dan sebagainya.
- mengeluarkan unsur kerosakan yg ada dalam tubuh badan spt mengeluarkan wap yg menimbulkan masaalah kesihatan pada otak,juga mengeluarkan darah yang mengandungi campuran unsur2 penyakit yg dikenali sebagai BEKAM.
penggunaan bekam pertama kali oleh manusia ialah pada zaman Nabi Allah Luth a.s, kaum Nabi Luth a.s apabila ada orang asing lalu dikawasan mereka,mereka akan melempari kepala orang itu dgn batu sehingga mengalirkan darah,lantas mereka mendatangi orang tersebut dan meminta bayaran daripadanya sebagai upah atas darah kotor yg telah mereka keluarkan.
kisah ini mengisyaratkan sudah lama penggunaan bekam sebagai cara pengubatan,sejak zaman itu hingga zaman Rasulullah s.a.w seterusnya hingga kehari ini.
BEKAM MERUPAKAN PENGUBATAN YG DIPAKAI OLEH RASULULLAH S.A.W
sabda Rasulullah s.a.w :
الشفاء في ثلاثة شربة عسل وشرطة محجم وکية نار وانى انهى امة عن الکي
"penyembuhan itu terdapat pada tiga hal , minum madu,torehan alat bekam,kay(bakar dgn api), sesungguhnya aku melarang umatku dari 'kay' "- HR BUKHORIان کان في شىء من ادويتکم او يکون في شىء من ادويتکم خير ففي شرطة محجم او شربة عسل او لذعة بنار توافق الداء وما احب ان اکتوي
"jika ada yang terbaik pada ubat-ubat kamumaka ia terdapat pada alat torehan bekam,minum madu, atau 'kay',tetapi aku tidak suka berubat dgn api"-HR BUKHORI
Langgan:
Catatan (Atom)