Isnin, 24 Mei 2010

Bekam (cupping) adalah sunnah Nabi s.a.w dan merupakan mukjizat perubatan

PENGENALAN

Sabda Rasulullah s.a.w :
تداووا فان الله لم يضع داءالا وضع له شفاء علمه من علمه وجهله من جهله
(Disohihkan oleh Ibn Hibban dan Hakim)


"Berubatlah wahai hamba-hamba Allah,sesungguhnya Allah s.w.t tidak menciptakan sesuatu penyakit, kecuali dia menciptakan ubat baginya ... diketahui bagi yang mngetahui dan tidak diketahui bagi yang tidak mngetahui.


dari Jabir r.a beliau berkata Rasulullah s.a.w bersabda:


لکل داء دواءفاذا اصيب دواء الداء برا باذن الله تعالى


"setiap penyakit ada ubatnya, apabila ubat tepat mengenai penyakit, maka akan wujudlah kesembuhan dengan izin Allah ta'ala"
(HR MUSLIM)


Dapat difahami daripada hadis tersebut,bahawasanya berubat adalah merupakan perintah syariaat dan juga merupakan sunnah Rasulullah s.a.w.


Dan kunci penyembuhan itu terletak pada 3 perkara:
  1. memelihara kesihatan dan melazimkan makan makanan yg boleh meningkatkan kualiti kesihatan spt: suplement dan sebagainya.
  2. mencegah segala perkara yg boleh memudharatkan kesihatan spt arak,dadah,rokok dan sebagainya.
  3. mengeluarkan unsur kerosakan yg ada dalam tubuh badan spt mengeluarkan wap yg menimbulkan masaalah kesihatan pada otak,juga mengeluarkan darah yang mengandungi campuran unsur2 penyakit yg dikenali sebagai BEKAM.
SEJARAH BEKAM

penggunaan bekam pertama kali oleh manusia ialah pada zaman Nabi Allah Luth a.s, kaum Nabi Luth a.s apabila ada orang asing lalu dikawasan mereka,mereka akan melempari kepala orang itu dgn batu sehingga mengalirkan darah,lantas mereka mendatangi orang tersebut dan meminta bayaran daripadanya sebagai upah atas darah kotor yg telah mereka keluarkan.
kisah ini mengisyaratkan sudah lama penggunaan bekam sebagai cara pengubatan,sejak zaman itu hingga zaman Rasulullah s.a.w seterusnya hingga kehari ini.

BEKAM MERUPAKAN PENGUBATAN YG DIPAKAI OLEH RASULULLAH S.A.W

sabda Rasulullah s.a.w :
الشفاء في ثلاثة شربة عسل وشرطة محجم وکية نار وانى انهى امة عن الکي
"penyembuhan itu terdapat pada tiga hal , minum madu,torehan alat bekam,kay(bakar dgn api), sesungguhnya aku melarang umatku dari 'kay' "- HR BUKHORI
ان کان في شىء من ادويتکم او يکون في شىء من ادويتکم خير ففي شرطة محجم او شربة عسل او لذعة بنار توافق الداء وما احب ان اکتوي
"jika ada yang terbaik pada ubat-ubat kamumaka ia terdapat pada alat torehan bekam,minum madu, atau 'kay',tetapi aku tidak suka berubat dgn api"-HR BUKHORI

1 ulasan:

  1. disini ditawarkan khidmat bebekam bg lelaki dan perempuan,jadi sesiapa yg ingin berbekam boleh hubungi kami di 013-4704415/0192567974

    BalasPadam